Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 17 April 2024 : 3.30 PM - 4.30 PM : NADI Taman Saujana Utama : 1 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan kepada peserta pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam
menggunakan perisian Microsoft Word untuk menghasilkan surat rasmi yang sesuai
dengan standard pembelajaran dan industri profesional.
Aktiviti
* Pengenalan kepada surat rasmi,fungsi, struktur ayat, kepentingannya beserta contoh.
* Pengenalan kepada Microsoft Word, fungsi asas seperti penggunaan butang format.
* Menerangkan tentang cara membina surat rasmi menggunakan Microsoft Word.
Antaranya, menyusun format surat rasmi, meletakkan elemen-elemen surat rasmi seperti
alamat, tarikh, subjek, pembukaan surat dan penutup surat serta tandatangan.
* Penggunaan butang-butang lain yang digunakan untuk memformat surat rasmi seperti font,
garisan dan heading.
* Menunjukkan kepada peserta template surat rasmi sedia ada dalam Microsoft Word.
LAPORAN AKTIVITI APRIL 2024 - ASAS ICT & ADVOKASI – Poster Digital Dengan Menggunakan Aplikasi Canva
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 14 April 2024 : 10.30 AM - 11.30 AM : NADI Taman Saujana Utama : 3 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan kepada peserta cara membuat poster digital menggunakan
aplikasi Canva. Peserta akan belajar asas-asas dalam reka bentuk poster digital,
penggunaan alat-alat yang disediakan oleh Canva, serta cara menyusun
elemen-elemen visual dan teks secara efektif dalam poster.
Aktiviti
* Pengenalan kepada aplikasi CANVA
* Menjelaskan tentang fungsi-fungsi asas di CANVA.
* Menjelaskantentang pemilihan templat poster.
* Menerangkan tentang penggunaan reka bentuk, grafik imej dan elemen.
* Penyusunan teks dan gaya font serta pemilihan warna.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 4 April 2024 : 10.00 AM - 11.00 AM : NADI Taman Saujana Utama : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan pembelajaran adalah untuk memberikan peserta pemahaman yang
mendalam tentang proses pengisian borang permohonan untuk Skim Pencen
ILAT PERKESO. Peserta akan diajar langkah-langkah yang tepat untuk mengisi
borang dengan betul, memastikan bahawa maklumat yang diserahkan
lengkap dan tepat.
Aktiviti
* Penjelasan mengenai apakah Skim Pencen ILAT PERKESO, siapa yang layak,
dan kelebihannya.
* Penerangan terperinci mengenai setiap bahagian borang permohonan, termasuk
butiran yang diperlukan dan cara mengisi setiap bahagian dengan betul
* Maklumat tentang dokumen tambahan yang perlu dilampirkan bersama borang
permohonan, seperti surat tawaran pekerjaan terakhir, salinan kad pengenalan,
dan lain-lain.
* Tips dan panduan tentang bagaimana mengisi borang dengan betul, termasuk
penulisan butiran, kesahihan maklumat, dan tanda tangan
* Arahan mengenai langkah seterusnya selepas mengisi borang, termasuk
proses penghantaran dan apa yang perlu diikuti selepasnya.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 6 April 2024 : 10.30 AM - 11.30 AM : NADI Taman Saujana Utama : 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membimbing peserta mengenai
adab-adab yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya, terutamanya Hari Raya
Aidilfitri, dalam konteks budaya Melayu-Islam.
Aktiviti
* Memperkenalkan tentang makna dan kepentingan adab dalam sambutan hari raya.
* Menjelaskan tentang adab berpakaian dan kepentingan berpakaian sopan di hari raya
* Peserta dijelaskan tentang adab dalam pengucapan salam dan tonasi suara yang
bersesuaian ketika berkunjung di hari raya.
* Peserta juga diterangkan tentang sikap saling menghormati serta adab-adab
ketika melawat,menjamu selera dan adab saat memberi dan menerima hadiah.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 1 April 2024 : 04.00 PM - 05.00 PM : NADI Taman Saujana Utama : 1 Orang |
Tujuan
Mengajar peserta tentang pengenalan dan penggunaan Bing Image Creator
Aktiviti
* Mengajar peserta membuka akaun Bing Image Creato
* Menjelaskan kepada peserta kepentingan dan kelebihan Bing Image Creator
untuk membantu usahawan dalam talian membuat poster pemasaran di
media sosial.
* Mengajar peserta tentang cara untuk memberi arahan (prompt) di dalam
Bing Image Creator
* Demonstrasi tentang cara manghasilkan visual menggunakan Bing Image Creator.