Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 21 April 2024 : 11.00 AM - 12.00 PM : NADI Taman Saujana Utama : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti "Games Vocab" menggunakan aplikasi Wordshake bertujuan untuk meningkatkan
kefasihan dan kefahaman peserta dalam perkataan bahasa Inggeris.
Aktiviti
* Pengenalan kepada aplikasi Wordshake dan cara penggunaannya
* Penerangan tentang strategi untuk mencipta perkataan dengan efisien dan cepat.
* Aktiviti berbentuk permainan untuk melatih kefahaman bahasa Inggeris melalui
pengejaan dan pemilihan kata.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 20 April 2024 : 12.00 PM - 01.00 PM : NADI Taman Saujana Utama : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti e-learning ini adalah untuk membimbing peserta dalam memahami
konsep pendaraban melalui penggunaan aplikasi interaktif di laman sesawang
SchoolYourself. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan mereka
dalam kemahira komputer dan digital, serta memperkukuhkan kemahiran
matematik yang dipelajari di sekolah.
Aktiviti
* Pemahaman asas mengenai konsep pendaraban dan kepentingannya dalam
kehidupan harian.
* Memperkenalkan aplikasi ‘SchoolYourself’ yang digunakan untuk melatih pendaraban.
* Menyediakan panduan langkah demi langkah tentang cara mengakses dan
menggunakan aplikasi tersebut
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 20 April 2024 : 11.00 AM - 12.00 PM : NADI Taman Saujana Utama : 5 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan konsep penebat dan konduktor haba kepada peserta melalui
aktiviti yang interaktif dan praktikal. Tujuan utama adalah untuk memahamkan
peserta tentang peranan penebat dan konduktor haba dalam kehidupan seharian
serta kesan-kesannya terhadap persekitaran.
Aktiviti
* Pengenalan kepada penebat dan konduktor haba serta contoh-contoh bahan yang
merupakan penebat dan konduktor haba
* Peserta melihat demonstrasi pengujian bahan untuk mengenal pasti penebat
dan konduktor haba.
* Menerangkan tentang sifat-sifat sesuatu bahan yang menjadikannya bertindak
sebagai penebat atau konduktor haba.
* Menerangkan kepada peserta, penggunaan konduktor dan penebat haba dalam
kehidupan seharian.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 20 April 2024 : 12.00 PM - 01.00 PM : NADI Taman Saujana Utama : 5 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan konsep pengembangan gas dan tekanan udara kepada peserta
dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Setiap peserta diharap dapat
memahami prinsip-prinsip asas yang terlibat dalam topik ini serta bagaimana ia
berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.
Aktiviti
* Pengenalan konsep asas pengembangan gas dan tekanan udara. Pelajar
akan belajar tentang sifat-sifat gas dan bagaimana tekanan dicipta oleh molekul
gas yang bergerak.
* Menunjukkan bagaimana tekanan udara mempengaruhi pengangkatan objek
yang ringan dengan melakukan eksperimen air bewarna.
* Menghubungkan konsep-konsep tersebut dengan aplikasi dalam kehidupan
sehari-hari. Misalnya, bagaimana tekanan udara digunakan dalam pembuatan
minuman berkarbonat atau dalam mendorong pesawat terbang.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 20 April 2024 : 10.00 AM - 11.00 AM : NADI Taman Saujana Utama : 5 Orang |
Tujuan
Memberikan pemahaman tentang sifat-sifat besi, proses pengaratan besi, dan
penggunaan besi dalam kehidupan seharian. Peserta dapat memahami kepentingan
besi dalam industri dan kehidupan harian.
Aktiviti
* Pengenalan tentang besi,asal usul unsur besi,stuktur atom besi dan sifat-sifat fizikal besi,
takat lebur dan takat didih besi.
* Sifat-sifat mekanikal besi, kekuatan besi dan kelenturan besi.
* Penggunaan besi dalam pelbagai keadaan.
* Penerangan mengenai proses pengaratan besi.