Pada 2 Februari 2019, Amanita Team B yang diketuai oleh Sarjan Rosminah bt Yusof bersama 6 Pegawai Rendah Polis Wanita telah mengadakan aktiviti meet & greet bertempat di car boot sale Saujana Utama. Aktiviti bertujuan memperkenalkan Amanita IPD Sungai Buloh, pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan pengumpulan maklumat jenayah atau masalah sosial daripada golongan wanita di tempat tersebut. - sumber dari Facebook IPD Sungai Buloh https://goo.gl/qA5vpa
{gallery}1Jan/Wanita/Amanita-IPDSB{/gallery}
Marhaban Ar Raudhah adalah kumpulan marhaban yang terdiri didalam kalangan wanita Saujana Utama. Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan untuk majlis seperti marhaban, berzanji, qasidah, berendoi, bacaan yasin dan khatam Al-Quran.
Boleh hubungi Puan Rohaya Nani 012 242 7737 atau Puan Irma Elias 019 362 0848
NISA' SAUJANA UTAMA
KEBAJIKAN . KEMANUSIAAN . KEMASYARAKATAN
Hasrat NISA' adalah untuk membina jambatan perhubungan yang akrab dengan pihak yang berpelbagaian seperti kementerian, agensi kerajaan, media dan juga NGO dalam usaha NISA’ memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
MISI NISA'
Hasrat NISA' adalah melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.
Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.
KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun
LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", memberi gambaran dalam kesungguhan NISA' untuk menghimpun dalam satu rumpun generasi muda melewati pendekatan bersepadu dalam usaha menambahkan dan membaiki kualiti kehidupan masyarakat.
Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.
Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.
Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.
Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.
Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.