NISA' SAUJANA UTAMA

 

 

KEBAJIKAN . KEMANUSIAAN . KEMASYARAKATAN

 

Hasrat NISA' adalah untuk membina jambatan perhubungan yang akrab dengan pihak yang berpelbagaian seperti kementerian, agensi kerajaan, media dan juga NGO dalam usaha NISA’ memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

 

 

MISI NISA'

 

Hasrat NISA' adalah melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

 

 

KEAHLIAN NISA'

 

Wanita berusia 15 - 40 tahun

 

 

LOGO DAN SLOGAN NISA'

 

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", memberi gambaran dalam kesungguhan NISA' untuk menghimpun dalam satu rumpun generasi muda melewati pendekatan bersepadu dalam usaha menambahkan dan membaiki kualiti kehidupan masyarakat.

 

 

Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.