Tarikh

Masa

Lokasi

Pengunjung

: 7 Disember 2018

9.30 Pagi - 1.00 Petang

Pusat Internet Saujana Utama

17 orang

 

Lihat gambar

 

Tujuan

Sebuah tadika di Taman Saujana Utama mengadakan kunjungan di Pusat Internet Taman Saujana Utama. Untuk memberi pengenalan kepada para pelajar teman kunjungan 'Belajar Sambil Bermain' diberikan kepada mereka. Tema tersebut adalah untuk memberikan para pelajar ilmu mengenai komputer sambil bermain berikutan umur mereka yang masih muda. 

 

Aktiviti

Para pelajar diberi pengenalan tentang komputer dan fungsi-fungsinya. Kemudian mereka perlu membuka laman web quizizz.com untuk menjawab soalan berkaitan komputer. Soalan kuiz yang diberikan menarik pada mereka kerana cara kuiz diberikan, jawapan kuiz yang diberikan dan juga terdapat 'ranking' untuk para pelajar. Selain itu, para pelajar juga diberikan taklimat berkaitan E-Waste dan juga Klik Dengan Bijak.

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Pengunjung

6 Disember 2018

10 Pagi - 1.00 Petang

Pusat Internet Saujana Utama

3 orang

 

Lihat gambar

 

Tujuan

Kelas Design Poster ini diadakan untuk pengetahuan pelajar tentang wujudnya laman web untuk mereka cipta poster dengan mudah tanpa perlu 'install' software di komputer mereka di samping memupuk rasa kesedaran tentang kepentingan kesihatan dengan meminta mereka membuat pencarian tentang kesihatan di internet dan mereka sebuah poster berkaitan dengan pencarian tersebut.

 

Aktiviti

Para pelajar diminta untuk mengikut pelajaran asas yang ditunjukkan oleh pengajar. Selesai pelajaran asas, pelajar di minta untuk membuat pencarian tentang kesihatan dan kemudian mereka bentuk sebuah poster berdasarkan pencarian kesihatan itu.

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Pengunjung

5 Disember 2018

9.30 Petang - 1.00 Petang

Pusat Internet Saujana Utama

13 orang

 

Lihat gambar

 

Tujuan

Kelas Mewarna Online ini memberi latihan kepada para pelajar untuk membiasakan diri mereka dalam menggunakan tetikus dan cara untuk melayari laman web di internet dan sekaligus meningkatkan lagi kebolehan pelajar dalam menggunakan komputer dan menyedarkan mereka bahawa terdapat pelbagai kegunaan internet dalam pembelajaran.

 

Aktiviti

Para pelajar diminta untuk melakukan segalanya sendiri dari membuka internet, menaip URL laman web mewarna online, memilih gambar yang ingin diwarnakan hingga mewarnakan ciri-ciri gambar yang paling kecil supaya pelajar semakin mahir menggunakan tetikus. Selain itu pelajar juga diberi taklimat Klik Dengan Bijak di akhir pembelajaran.

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Pengunjung

: 15 Disember 2018

9.00 Pagi - 2.00 Petang

Pusat Internet Saujana Utama

83 orang

 

Lihat gambar

 

Tujuan

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet ini diadakan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan PI dengan komuniti, agensi dan NGO untuk mewujudkan komuniti yang sihat. Selain daripada itu, program ini turut untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untukpenjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk meraikan Program Jom Sihat bersama Pusat Internet ini antara aktiviti yang ada ialah demo menggosok gigi, pameran kesihatan seperti pameran gigi dan denggi. Selain itu juga turut diadakan pertandingan penyediaan makanan sihat dan kuiz yang berkaitan dengan kesihatan untuk menguji pengetahuan komuniti tentang kesihatan. 

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Pengunjung

24 November 2018

9.30 Petang - 1.00 Petang

Pusat Internet Saujana Utama

13 orang

 

Image 241118 - 1 18

Lihat gambar

 

Tujuan

Kelas Asas Teknik Mewrna ini bukan sahaja mengajar para pelajar teknik-teknik asas mewarna tetapi juga cara menggunakan internet dalam mencari teknik mewarna yang diingini. Pelajar didedahkan cara menggunakan website Youtube.com supaya mereka tahu website ini bukan hanya untuk menonton video semata sahaja tetapi juga boleh mengasah bakat dan minat.

 

Aktiviti

Pelajar disediakan kertas untuk mewarna, komputer untuk menonton video dan juga dijelaskan cara-cara menggunakan laman web Youtube.com oleh petugas. Selain itu juga pelajar diberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak.