Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 7 Disember 2018 : 9.30 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Saujana Utama : 17 orang |
Tujuan
Sebuah tadika di Taman Saujana Utama mengadakan kunjungan di Pusat Internet Taman Saujana Utama. Untuk memberi pengenalan kepada para pelajar teman kunjungan 'Belajar Sambil Bermain' diberikan kepada mereka. Tema tersebut adalah untuk memberikan para pelajar ilmu mengenai komputer sambil bermain berikutan umur mereka yang masih muda.
Aktiviti
Para pelajar diberi pengenalan tentang komputer dan fungsi-fungsinya. Kemudian mereka perlu membuka laman web quizizz.com untuk menjawab soalan berkaitan komputer. Soalan kuiz yang diberikan menarik pada mereka kerana cara kuiz diberikan, jawapan kuiz yang diberikan dan juga terdapat 'ranking' untuk para pelajar. Selain itu, para pelajar juga diberikan taklimat berkaitan E-Waste dan juga Klik Dengan Bijak.