Tempat pelancongan yang terdapat di Taman Saujana Utama  ialah : 

 

Bandar Saujana Utama Club House (Kelab Saujana Utama)

Kelab ini terletak di kawasan Sungai Buloh Country Resort (SBCR)  dan mempunyai sebuah restoran iaitu Restoran Rumah Thai, kolam renang kanak-kanak, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis dan lain-lain kemudahan lagi.

 

 

 

 

ELMINA EQUESTRIAN CENTRE

Ia mula dibuka pada tahun 2000 dan terletak berhampiran Kelab Saujana Utama.Pada tahun 2008, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menempatkan kuda di sini dan pasukan ketahanan beliau dilatih di trek yang sama. EEC diuruskan oleh Wan Hasri Wan Ismail dan Liza Saleh, pasangan yang diminta oleh pemaju bandar, Tan Sri F. D. Mansor Glomac, untuk membuat penungangan kuda boleh diakses dan mampu dimiliki oleh orang ramai dan masayarakat setempat. Pelajar dari seluruh Lembah Klang datang untuk menunggang di sini.

EEC juga mempunyai kemudahan pembiakan.

Bayaran RM1,400 sebulan dikenakan untuk kandang kuda dan pemilik kuda juda boleh membiakkan kuda dengan kuda dari baka yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut seperti tempahan kuda untuk perkahwinan, majlis hari jadi atau apa sahaja pertanyaan boleh hubungi Liza Salleh di nombor 0142315056.

Untuk kelas menunggang kuda untuk kanak-kanak, yuran sebanyak RM350 dikenakan untuk 10kelas.