MySejahtera adalah aplikasi pemantauan COVID-19 yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri dan mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih.
Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, MAMPU dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran aplikasi ini, layari laman sesawang MySejahtera iaitu https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
Jom muat turun aplikasi ini sekarang.