Dalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia, SKMM menggerakkan semua Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutamanya warga tua yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Melalui upaya ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi wabak COVID-19.
Sehubungan itu, PIK Taman Saujana Utama mengalu-alukan warga emas & komuniti sekitar untuk menjalankan tanggungjawab anda untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin. Di harap para pengguna PIK Taman Saujana Utama yang mempunyai masalah berkenaan pendaftaran vaksin boleh hadir untuk kami membantu anda.