Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

30 Oktober 2017

10 Pagi - 12 Tengahari

PI Saujana Utama

Para Pelajar Tadika Cleverland

 

Tujuan

Lawatan sambil belajar ini dikelolakan oleh pihak pengurusan Tadika Cleverland dengan tujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi ICT dan juga pengenalan kepada Pusat Internet 1Malaysia.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi penerangan mengenai Pi1M, pengenalan asas mengenai komputer dan juga permainan kuiz online untuk memberi pengenalan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai komputer.

 

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Petugas Terlibat

25 Oktober 2017

8 Pagi - 11 Pagi

Padang Astana Seri Pristana, Saujana Utama

: 4 orang

 

Tujuan

Buat pertama kali Pusat Internet Saujana Utama dapat melibatkan diri dengan program yang dianjurkan oleh KOSPEN Sri Pristana dan membuat pemeriksaan saringan kesihatan untuk penduduk setempat.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang terlibat adalah membuat saringan kesihatan dengan mengambil ukuran berat, tinggi, tekanan darah ber=serta bacaan gula dalam darah. Selain itu juga prgram ini dapat menambahkan lagi ahli baru Pi1M.

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

21 Oktober 2017

10.00 pagi - 5.00 petang

PI Saujana Utama

6 orang

Tujuan

Kelas ICT ini dihadiri oleh pelajar dari berumur 7 tahun hingga 11 tahun seramai 6 orang. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang komputer, pembelajaran tentang kegunaan keyboard yang betul, pengenalan tentang kegunaan Microsoft Office dan memberi pelajar peluang untuk bermain sambil belajar

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan untuk mencapai objektif mengadakan Kelas Asas Komputer untuk pra-sekolah ini adalah memperkenalkan komputer dan kegunaanya, menerangkan sambil membuat praktikal komputer, dan Microsoft Word, memberi masa untuk pelajar bertanya soalan dan memberi peluang kepada pelajar bermain sambil belajar dengan permainan komputer. Aktiviti sokongan yang turut diadakan adalah tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) dan taklimat E-Waste.

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

25 Oktober 2017

2.30 petang - 5.30 petang

PI Saujana Utama

: 4 orang

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini dihadiri oleh 4 orang dan dijalankan dalam bentuk santai untuk remaja yang menggunakan internet dalam pencarian bahan bagi melengkapkan tugasan sekolah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah memperkenalkan teknik penggunaan ‘search engine yang betul dan efektif dan memberikan keyword yang mudah supaya terus mendapat maklumat yang dicari. Aktiviti tambahan turut diberikan dan antaranya adalah tayangan video Klik Dengan Bijak, memberi panduan tentang Dashboard Komuniti dan mengajarkan cara untuk Tagging MyPlace.

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

23 September 2017

10.00 pagi - 5.00 petang

PI Saujana Utama

25 orang

 

20170923 105904

 

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri seramai 25 orang. Tujuan bengkel ini diadakan untuk mempromosikan Dashboard Komuniti serta program advokasi kepada warga komuniti.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan seperti Seminar Pemasaran Bisnes Online, Pertandingan Dashboard MyPlace & MySoal serta cabutan bertuah