Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 7 Disember 2017 : 10 Pagi - 5 Petang : PI Saujana Utama : 7 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Komputer Sekolah Rendah & Belajar Sambil Bermain ini diadakan untuk memberikan pengenalan kepada pelajar tentang komputer, pendedahan tentang kegunaan Power Point, cara penggunaan keyboard yang betul dan memberi peluang pelajar untuk bermain sambil belajar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah modul tentang komputer dan Power Point diberikan kepada pelajar. Selain itu latihan pengukuhan turut diberikan kepada pelajar dan petugas memastikan tiada pelajar yang ketinggalan sepanjang latihan dan tunjuk ajar diberikan. Tayangan Klik Dengan Bijak dan penerangan video turut diberikan kepada pelajar. Selain itu petugas turut mengajar pelajar cara mencari gambar yang bersesuaian di Google Image untuk diletakkan di Power Point.