Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 26 November 2017 : 10 Pagi - 5 Petang : PI Saujana Utama : 6 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan untuk memberikan pengenalan kepada pelajar tentang komputer, pendedahan tentang kegunaan Microsoft Office, cara penggunaan keyboard yang betul dan bermain sambil belajar supaya pelajar rasa seronok untuk belajar tentang komputer. Selain itu tayangan Klik Dengan Bijak dan penerangan terhadap video itu turut diberikan dengan tujuan memberi kesedaran tentang pentingnya Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah modul tentang komputer dan Microsoft Word diberikan kepada pelajar. Selain itu latihan pengukuhan turut diberikan kepada pelajar dan petugas memastikan tiada pelajar yang ketinggalan sepanjang latihan dan tunjuk ajar diberikan. Tayangan Klik Dengan Bijak dan penerangan video diberikan kepada pelajar dan petugas juga memberi peluang kepada pelaar untuk belajar sambil bermain dengan memberikan soalan-soalan kuiz yang mudah menggunakan website quizizz.com