Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 13 Julai 2024 : 9.00AM - 11.00AM : NADI Taman Saujana Utama : 16 Orang |
Tujuan
Taklimat ini dianjurkan oleh (KRT) Seri Pristana, KOSPEN dan dengan kerjasama
NADI Taman Saujana Utama yang bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan panduan kepada peserta mengenai amalan pemakanan dan gaya hidup
yang sihat untuk membantu mereka mencapai berat badan ideal.
Aktiviti
* Memenerangkan kepentingan pemakanan seimbang dan memperkenalkan
peserta kepada pelbagai jenis makanan yang baik untuk kesihatan
* Menjelaskan kepentingan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
sehari untuk memastikan badan terhidrat.
* Penceramah menekankan pentingnya diet yang mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral.
* Rutin Senaman jugaditekankan dankepentingan untuk melakukan senaman
sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu. Aktiviti seperti
berjalan kaki, berlari, berenang, dan senaman kekuatan dicadangkan.
* Pengiraan Kalori juga turut dijelaskan kepada peserta.Peserta diajar cara
mengira kalori yang diperlukan berdasarkan umur, jantina, berat badan,
dan tahap aktiviti fizikal.
* Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI)turut diajarkan dan bagaimana
menafsirkan hasilnya untuk menentukan jika seseorang berada dalam
kategori berat badan yang sihat.